Tips Kurus Dengan Cepat

Aidilfitri dah nak tiba!

Semua orang nak kurus. Siapa je taknak sedara-mara puji “uih, apa rahsia ni Kak Nom, kuruih macam anak dara!”. Ye dok?

Bayangkan betapa seronoknya dapat tengok reaksi kawan-kawan kita bila tengok kita dah kurus kan.

Jom Kak Rai kongsikan tips kurus dengan cepat.

1. Ubah cara makan.

Kunyah makan secara perlahan-lahan. Semakin perlahan kita mengunyah, semakin mudah makanan di hadamkan. Pernah dengar tak kita kunyah makanan 44 kali?

2. Fokus pada Makanan

Jangan ada distraction macam makan sambil tengok Tik Tok ke. Makan sambil tengok Youtube ke, sambil Whatsapp ke. Kalau boleh, elakkan lah. Sebab bila tak fokus ketika makan, anda akan kurang puas & anda akan makan lagi banyak. Secara saintifiknya, ada 1 fakta yang perlu anda tahu.

Lagi kita fokuskan otak pada kesedapan yang kita rasa di lidah dalam setiap suapan sambil kunyah slow-slow, otak akan bagi lebih respon pada hormon kenyang bernama LEPTIN.

Bila otak detect banyak LEPTIN, lagi nafsu makan rasa puas, lagi mudah nak control kuantiti makanan yang di ambil.

3. Makan protein dulu.

Dalam banyak-banyak hidangan yang ada di atas meja, cuba capai makanan yang berunsurkan protein terlebih dahulu seperti ayam golek ke, ayam goreng ke. Lebihkan lauk pauk protein kemudian baru ambil nasi. Pastikan setiap kali suapan tu, potion protein itu lebih banyak dari karbohidrat atau nasi. 

Ini satu cara untuk mengurangkan pengambilan karbo dan lebihkan pengambilan protein. Dan akhir sekali baru ambil desert jika perlu atau masih ada rasa keinginan.

4. Stop minum gula.

Bukan jangan makan gula. Gula masih diperlukan oleh badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi cara mudahnya ialah stop minuman bergula.

Bila otak tak cukup tenaga, otak akan beri signal lapar. Itu yang menyebabkan badan akan start makan dan makan.

5. Bersenam

Jangan lupa bersenam. Walaupun hanya dengan senaman yang ringkas. Kita sering dimomokkan dengan senaman yang sampai berpeluh-peluh itulah yang terbaik. Tahu tak yang sebenarnya apabila lemak dibakar, 84% dari itu akan keluar melalui udara bukan hanya melalui peluh.

Senaman yang tidak mengah itu jauh lebih baik untuk orang obes. Senaman apa yang tidak mengah? Aerobik antara senaman yang tidak mengah. Ketika aerobik, badan hasilkan tenaga menggunakan oksigen. Jadi bila tak mengah, badan cukup oksigen untuk hasilkan tenaga.

Dan, perasan tak selepas kita bersenam teruk-teruk, kita akan rasa lapar? jadi elakkanlah otak bagi signal lapar pada badan.

Bersenam secara santai dan konsisten itu lebih baik.

Cukup tak 5 tips mudah ini? Cuba dulu ok. 

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *