Menu sahur yang ringkas dan mudah

Salam Ramadan.

Hari ni dah 13 Ramadan. Kejap sangat masa berlalu kan? Macam mana dengan puasa? 
Ramadan kali ni Kak Rai memang dah sediakan siap-siap menu untuk bersahur. Sebenarnya menu ni Kak Rai dah amalkan beberapa tahun dah. Macam biasalah, Kak Rai akan bersahur dengan ESP. Tapi kali ini ada tambahan sikit dari Ramadan yang lepas.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Ini ESP yang biasa Kak Rai ambil setiap kali bersahur. Kalau Ramadan sebelum ni Kak Rai gemar campurkan ESP bersama milo atau fresh milk. Kenyang minum ESP ni sebab dia membekalkan 14gram protein dalam satu hidangan, ada vitamin B, kalsium, rendah lemak dan tiada kolesterol. Kita akan rasa kenyang lebih lama. Yang paling penting sekali, perut sangat selesa sebab tidak terlalu kenyang. 
Tahukan, kalau perut kita terlalu kenyang ketika bersahur, badan akan mudah lesu dan letih.
Untuk Ramadan kali ini, Kak Rai tambahkan Life Shake dan Energizing Tea Elderberry. Kak Rai campurkan sekali dengan ESP. Ni produk baru Shaklee bawak masuk Malaysia bulan Jun nanti tapi Kak Rai dapat sebab layak sertai BLNC Shaklee jadi Shaklee Malaysia bagi hadiah rasa produk baru ni lebih awal. Kiranya macam testimonilah. 
Gabungan ESP + Life Shake + Energizing Tea Elderberry ni memang sangat sedap. Lemak berkrim. Tak perlu tambah fresh milk lagi. Yang paling best sebab Life Shake ni ialah meal replacement. Jadi, cukup dengan kombinasi ini untuk dapatkan nutrisi seharian.
Life Shake ni macam cinch jugak, hidangan lengkap dengan 24 vitamin mineral, ada 20 gram protein bukan GMO, indeks glisemik yang rendah amat membantu untuk kenyang lebih lama. Ada fiber yang bagus untuk pencernaan, juga prebiotik proprietari bagi membantu kesihatan usus kita. Yang penting badan lebih cergas dan bertenaga. Mengandungi Leucine untuk memejalkan otot. Orang yang nak kurus memang suka ada leucine nih.
Energizing Tea pula rasa elderberi. Ada campuran teh hijau, putih, dan merah yang eksklusif dan kaya antioksidan, serta ekstrak Elderberi yang bagus untuk menguatkan sistem imun. Mengandungi taurina, yang terkenal untuk meningkatkan tenaga dan ketangkasan fikiran kita. Best betul teh ni kan? Memang best. Dan dia bagi instant energy tau.
Pengalaman Kak Rai sendiri yang dah minum Life Shake & Energizing Tea Elderberry ni sepanjang Ramadan kali ni memang sangat bertenaga. Walaupun Kak Rai bangun seawal 4.30 pagi, tengah hari tak de rasa mengantuk pun malah sentiasa bertenaga sampai ke petang.
 

Performance Drink ni pula Kak Rai suka ambil sebelum terawikh. Menyegarkan dan bertenaga. Kak Rai suka rasa oren. Kadang badan kita ni selepas berbuka  mulalah terasa letih sebab kekenyangan kan. Lebih lagi kalau terlebih makan ketika berbuka. hehe. Bila nak berterawikh tu mula rasa mengantuk sebab kekenyangan. 
Jadi, Kak Rai akan minum Performance Drink ni sebelum dan ketika berterawikh. Badan akan rasa lebih bertenaga dan hilang rasa mengantuk. Ibadah pun lebih sempurna. PD ni Kak Rai gemar ambil dia secara sejuk. Sekali teguk tu akan terasa kesejukannya melalui anak tekak. Refreshing sangat. hehe.
Mereka yang gemar berbuka dengan air yang sejuk mereka minum air Performance ini ketika berbuka puasa. Memang boleh rasa beza. Badan lebih bertenaga. Kurang rasa haus sebab dia juga gantikan air yang hilang bila kita berpuasa kurang air kan. Yang penting air ni membantu mengimbangi metabolisme air di dalam tubuh badan kita.
Inilah menu ringkas bersahur Kak Rai sepanjang Ramadan 2021.
Selamat menjalani ibadah puasa semua. Moga kita semua dapat beribadat dengan lebih sempurna. Kak Rai doakan kita semua menemui malam Lailatul Qadar ye. 
Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *