Tahukah anda penyakit HFMD sedang merebak di Malaysia ketika ini?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Sehingga 26 Mei 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 21,644 kes berbanding hanya 19,398 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017. Bilangan kes di kebanyakan negeri telah melepasi paras amaran.
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bagi tahun 2018, sehingga kini, sebanyak 316 buah taska/tadika/tabika/pra-sekolah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 52% dari jumlah wabak yang dilaporkan. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti enterovirus-71 (EV71) dalam persekitaran semenjak bulan Mac 2018.
Adakah HFMD mudah berjangkit?
Ya. HFMD amat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak 5 tahun ke bawah.Wabak ini boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada individu lain melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan dari hidung,mulut, peluh mahupun najis penghidap HFMD. Wabak ini berjangkit semasa minggu pertama dijangkiti.
Bolehkah HFMD menjejaskan orang dewasa?
Boleh tetapi HFMD jarang memberi kesan kepada orang dewasa yang sihat. Namun begitu, sekiranya seseorang dewasa menghidap penyakit ini, ia akan menjadi lebih teruk dimana kaki dan tangan akan membengkak.
Artikel akhbar 26 Julai 2018
Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.
Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke sepuluh (10) hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis.
Bolehkan gejala HFMD ini dicegah?
Boleh dengan cara menjaga kebersihan.
Langkah Pencegahan HFMD
Jaga kebersihan diri dan persekitaran.
Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
- Sentiasa memastikan kebersihan terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak
- Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh
- Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin
- Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
- Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pasaraya dan pusat permainan di dalam premis (indoor).
- Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
- Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
- Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.
Basic H membantu kerja-kerja pembersihan rumah dan alatan permainan anak-anak.
Bolehkah HFMD di cegah dari merebak?
1. Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri,pusat asuhan,taman permainan, pasaraya, pasar sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.
2. Elakkan hubungan rapat seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.
Bagaimana penjagaan terbaik ketika dijangkiti HFMD?
Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
Apabila anak anda dijangkiti wabak ini, ia akan menyebabkan mereka kurang selesa dan ia meletihkan anda. Gejala HFMD mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk pulih.
1. Meal Shakes – Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia juga mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.
2. Omega Guard – Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunissi kanak-kanak.
3. Vitamin C chewable – Disamping meningkatkan imunisasi,vitamin C ini juga menguatkan tulang,gigi dan gusi kanak-kanak.
4. Nutriferon – Bertindak meningkatkan interferon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan.Untuk kanak-kanak, sila dapatkan nasihat untuk dos yang berpatutan.
HFMD bukanlah penyakit yang merbahaya tetapi jika tidak di cegah, ianya boleh menyebabkan kematian apabila virus HFMD menyerang organ dalaman.
Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.