Youth® Skincare Party

Let’s Party 

Pada 3 March yang lepas, Raiza berpeluang menyertai Youth® Skincare Party yang di adakan di Head Office. Bukan senang tau nak join party Youth ni sebab demand tersangatlah banyak. Bayangkan tiket habis di jual dalam masa beberapa jam sahaja. Ajer la giler mereka ni termasuklah Raiza sendiri. hehehe.
Bukan apa, Raiza agak excited menanti kedatangan Youth® Skincare masuk pasaran Malaysia bertepatan dengan pencarian skincare Raiza. Ahak. Memang sebelum ini Raiza ada mencuba skincare jenama antarabangsa tapi tak berapa serasi dengan kulit Raiza mungkin. Jadi, dengan penuh harapan, Raiza sangat-sangat berharap Youth® Skincare dapat memenuhi keperluan kulit Raiza yang super sensitif ini. 

Promosi untuk Starter Set.

Lihatlah, tempat sangat limited. Hanya 50 peserta dalam satu sesi. Dalam party ini, kami di berikan kesempatan untuk mencuba semua produk dalam rangkaian Youth® Skincare dengan cara pemakaian yang betul bagi memberikan kesan maksima kepada kulit. Sayanglah kan, kalau tiada ilmu, kita tak dapat menikmati kesan 100% dari Youth® Skincare ini. Tersangatlah rugi sebab Youth® Skincare ada rangkain produk penjagaan kulit yang sangat ekslusif.
Kalau korang nak beli set Youth® Skincare ini, pastikan korang di beri guideline cara penggunaan yang betul tau dari penjual korang. Jadi, pastikan beli dari penjual yang korang percaya ok. Nak beli dengan Raiza pon ok. Pastinya Raiza akan guide korang. Inshaallah. 
Raiza ni agak obses dengan produk penjagaan kulit tapi yang selamat sahajalah. Sebab Raiza pernah mencuba produk local dan kulit jadi breakout masa zaman muda belia dulu. Dan kesannya sampai sekarang ni ada tau terutamanya tona kulit yang tidak sekata. Nak buat macam mana kan. Masa tu agak jahil dengan produk skincare ni. Janji ada kesan, terus cuba yang akhirnya membawa padah.
Selepas dari mimpi ngeri dulu, terus Raiza insaf. Mula mencari produk yang selamat untuk pengunaan jangka masa panjang. 
Nampaknya pencarian Raiza berakhir dengan Youth® Skincare. Raiza sebenarnya dah cuba hampir 2 minggu ketika party ini di adakan sebab sebagai Shaklee Leader, kami di beri peluang untuk mencuba awal set Youth® Skincare ini. Cuma untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Youth® Skincare, bahan-bahannya, cara penggunaannya, do and don’t ketika menggunakan produk ini dan banyak lagi yang Raiza perlu gali supaya Raiza boleh kongsi dengan korang. Orang kata, nak pakai sesuatu produk, biarlah dengan ilmu. Jangan sekadar ikut-ikutan. Betul tak?

Klik gambar untuk mengetahui tentang produk Shaklee dan konsultasi ekslusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *