Benarkah Wanita Kini Dibenarkan Umrah Tanpa Mahram?

Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) – Omar Al-Mubarak

Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari. Baca berita selanjutnya di sini.

Ini adalah berita yang paling Raiza tunggu selama ini. Kemudahan untuk wanita single mengerjakan umrah tanpa mahram. Apabila dengar sahaja berita ni, terasa nak menangis pun ada. Bukan apa, Raiza dah pasang niat untuk menjejakkan kaki lagi ke Haramain. Rasa rindu sangat-sangat nak ke sini lagi. Benarlah orang kata, apabila sekali telah menjejakkan kaki di rumah Allah ini, akan terasa kerinduannya. Rindu yang tak boleh nak di ungkapkan dengan kata-kata. Ada ketikanya akan rasa sebak sangat menahan kerinduan itu. Allahu Akbar.

Bagi yang belum pernah menjejakkan lagi ke rumah Allah ini, berdoalah semoga di jemput menjadi tetamuNya. Kamu akan jumpa ketenangan yang tak pernah kamu jumpa sebelum ini di sini. Percayalah. Raiza pergi umrah pada tahun 2015. Sudah dua tahun berlalu tetapi ingatan dan kenangan di sana masih segar lagi. Boleh baca pengalaman Raiza mengerjakan umrah di sini.

 
Ketika di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah.
Bersama bonda sesudah keluar dari Raudah.

Adakah anda bakal jemaah umrah? Ketahui Suplemen yang membantu mudahkan aktiviti Umrah.

Persediaan ini sangat penting supaya kita bersedia menjadi tetamuNya. Bukan semua orang yang di pilih untuk menjadi jemaah. Hanya insan terpilih sahaja tau.

Masa Raiza ke tanah suci tempoh hari, Raiza memang bawa bekalan suplemen seperti Nutriferon, Ostematrix, Vitamin C dan herbal blend. Sebenarnya nak bawa B-Complex, Vita-lea dan Performance Drink sekali tapi itulah. Last minute punya preparation, macam-macamlah yang tertinggalkan.

Memang tidak di nafikan suplemen ini banyak membantu urusan harian di sana. Maklumlah perubahan cuaca dan suasana menyebabkan badan kita perlukan masa untuk sesuaikan diri. Penting tau suplemen ni. Bila Allah bagi sihat melalui suplemen, memang rasa puas sangat mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Raiza dan keluarga semua sihat-sihat sepanjang di tanah suci dan sekembalinya ke Malaysia walaupun cuaca sejuk di sana ketika itu.
Lagi satu yang Raiza perasan, penerbangan ke sana ambil masa lebih kurang 8 jam. Jadi bila kita duduk dalam flight dalam tempoh yang lama, pasti terdedah dengan jangkitan penyakit sekiranya ada dikalangan penumpang yang menghidapi penyakit. Perjalanan balik dalam flight, ramai jemaah yang dah mula batuk-batuk dan selsema. Memang sepanjang perjalanan tu ada je lah yang batuk. Berjangkit-jangkit dari seorang jemaah ke jemaah yang lain. Maklumlah kawasan tertutup, lebih mudah jangkitan disebarkan. Inilah pentingnya suplemen. Untuk mengelakkan badan kita mudah terjangkit dengan virus-virus ni. Alhamdulillah sangat kami sekeluarga sihat-sihat sahaja dan tidak berjangkit batuk dan selsema itu.

Set Cadangan untuk Umrah

  • Vita-lea Multivitamin: Multivitamin untuk kesihatan dan kecergasan menyeluruh sepanjang di Tanah Suci.
  • Vitamin C: Menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan penyakit.
  • Ostematrix (Calcium dan Magnesium): Menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh semasa menjalankan ibadah fizikal.
  • Garlic Complex: Antibiotik semulajadi mengelak jangkitan kuman seperti sakit tekak, batuk dan selesema yang sering dialami para jemaah.
  • Performance Drink: Minuman elektrolit yang memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi terutama semasa cuaca panas di Tanah Suci. Boleh bancuh dengan air zam-zam dalam botol dan minum sepanjang masa.
  • Nutriferon: Bertindak sebagai immune booster yang merangsang imuniti badan untuk menghalang jangkitan penyakit.
  • Herbal Blend: Krim untuk mengelakkan dan mengubati tumit kaki pecah.

Jagalah kesihatan sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Sangat rugi jika ada peluang untuk menjaga kesihatan tetapi kita ambil mudah yang akhirnya menyukarkan kita.

Selamat menunaikan UMRAH!

Klik gambar untuk konsultasi lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *