“Malaslah nak minum air kosong. Malas nak pergi toilet….”
Walaupun cuaca panas melanda negara ketika ini, masih ramai yang kurang minum air dan tidak peka dengan keperluan tubuh badan. Ada juga yang mengurangkan minum air untuk mengelakkan kekerapan ke tandas.
Dalam keadaan panas terik kita lebih gemar memilih air manis berbanding air masak. Apatah lagi air manis yang sejuk. Air masak selalu dipandang sepi.
Sebenarnya tubuh badan seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik.
Berapa literkah sehari perlu anda minum air masak? Cara paling mudah untuk mengetahui isipadu yang perlu diminum setiap hari ialah melalui berat badan seseorang.
Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air.
Contohnya berat 50 kg.
25 kg = 1 liter
50 kg = 50/25 = 2 liter
Apabila kurang minum air, masalah kesihatan akan mula datang. Jom baca kesan dari kekurangan air dalam tubuh:-
1. Masalah Pencernaan.
Dinding usus adalah complex dan mengandungi 80% ketebalan lapisan air. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah pencernaan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang mana sukar untuk dikeluarkan sehingga menimbulkan masalah lain seperti sembelit dan buasir.
Oh! Sakitnya.
2. Radang sendi
Jika kurang minum air, fungsi badan menjadi kurang efisyen.
Badan mudah terasa lenguh dan sengal sendi setiap kali membuat pergerakan yang berat seperti berlari dan melompat.
Ini berlaku kerana tulang rawan di setiap sendi adalah terdiri dari sekitar 80% cecair . Tulang rawan sendi memiliki permukaan yang halus, dan perlu sentiasa memiliki pelincir untuk memudahkan pergerakan. Kurang minum air akan megakibatkan kekurangan pelincir pada sendi menyebabkan terjadi geselan antara sendi. Sendi yang sentiasa bergesel akan mengakibatkan terjadinya arthritis atau radang sendi.
3. Tekanan Darah Tinggi
Kurang minum air menyebabkan beberapa pembuluh kapilari darah tertutup menyebabkan darah tidah dapat bergerak dengan sempurna ke beberapa bahagian. Ini mengakibatkan terjadinya tekanan darah tinggi.
4. Kulit Kering dan Tidak Bermaya
Kekurangan air akan meyebabkan kulit menjadi kusam, kering, kasar dan tidak bermaya. Kulit kering ini apabila dipegang terasa kasar. Kulit pun menjadi kurang anjal apabila ditekan. Lebih teruk kalau ianya mula mengelupas.
Kulit yang kering menyebabkan mudah berkedut dan timbul garisan halus terutamanya di bahagian muka. Kalau dibiar berterusan, tentulah menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenarnya.
Oh tidak!
5. Pening dan Sakit Kepala
Otak mengandungi 75% cecair. Kekurangan minum air masak boleh mengakibatkan bekalan air ke kepala juga menjadi kurang. Ini akan membawa kepada masalah pening dan sakit kepala seperti migrain.
6. Sakit Ketika Membuang Air Kecil
Oh Sembelit! Takutnya!
Selepas makan dengan banyak, perut akan memproses untuk perkumuhan. Apabila kurang air dalam badan, sisa perkumuhan akan bertukar menjadi pepejal yang sukar untuk dikeluarkan.
Usus akan menjadi luka dan berdarah. Apabila ini berlaku, lebih terdeda kepada jangkitan kuman.
7. Mudah Mengantuk dan Letih
Adalah menjadi kebiasaan kita akan lebih mengantuk di siang hari ketika di bulan ramadhan. Ini berlaku disebabkan kekurangan air yang menyebabkan kesegaran tubuh hilang. Maka terjadilah masalah mudah mengantuk.
Apabila air kurang dalam badan, oksigen juga akan kurang mengalir dalam badan.
Ini menyebabkan badan cepat letih dan kurang stamina.
8. Dehidrasi
Dehidrasi adalah kesan paling ketara apabila kurangnya pengambilan air kosong. Antara tanda-tanda dehidrasi ialah bibir yang kering merekah dan berdarah, keletihan, kehausan yang amat sangat, hilang nafsu makan, hilang daya tumpuan.
Lebih kronik, dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami halusinasi.
9. Lambat Sembuh
Kerap kencing apabila banyak minum air adalah sesuatu yang bagus.
Badan sebenarnya sedang membuang toksin daripada badan. Lebih banyak toksin akan terkumpul dalam badan jika anda kurang minum air. Lebih kerap anda kencing, lebih banyak toksin yang dapat disingkirkan.
Apabila anda terkena penyakit seperti demam, ia akan berlarutan kerana panas dalam badan sukar dikeluarkan akibat kurang air.
10. Cepat Lapar
Bagi yang sedang ‘diet’, pastikan anda minum air kosong dahulu sebaik timbul rasa lapar.
Kenapa?
Apabila badan kurang air, ia memberi tindak balas pada badan dan menyangka anda perlukan makanan. Namun, hakikatnya badan anda memberikan isyarat kurang air.
Apabila anda makan, badan perlu melakukan kerja berlebihan dan anda mudah letih.
Lebih teruk lagi apabila berat badan mula bertambah. Oh, tak nak!!
Tahukah anda?
Sebenarya minum air masak selepas bangun tidur boleh menyeimbangkan sistem buah pinggang. Selain daripada itu, minum air masak juga boleh putihkan kulit. Jangan tidak tahu, dengan minum air masak secukupnya juga boleh kuruskan badan.
Bahaya jika kurang minum air. Mengundang lebih banyak penyakit. Nah saya berikan tips mudah untuk minum air 8 gelas sehari.