Apa?? Jerawat?
Masalah jerawat bukan sahaja di alami oleh wanita malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini. Namun, kebiasaanya wanita lebih megambil berat perihal jerawat berbanding lelaki kerana jerawat boleh merosakkan mood seorang wanita. Jerawat juga boleh mengurangkan self-confident seseorang.
Jangan risau dan jangan stress. Sebelum itu, lihat apakah punca jerawat dan bagaimana jerawat berlaku supaya mudah untuk mencari cara mencegah dan mengubati jerawat.
Punca jerawat:
1. Kebersihan
– Kewujudan jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah kebersihan kulit yang tidak di jaga dengan baik. Kekotoran yang terdapat pada kulit yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Kekotoran ini biasanya akan terkumpul di liang roma yang akhirnya menyebabkan liang roma tersebut tersumbat dan menyebabkan pembentukan bakteria.
2. Make Up berlebihan
– Kebanyakan wanita menjadi make up sebagai keperluan sebelum melangkah keluar dari rumah. Namun, make up secara berlebihan juga boleh menjadi salah satu punca kulit wajah ditumbuhi jerawat. Bahan kimia yang terdapat di dalam make up yang digunakan boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Apatah lagi sekiranya make up tidak dibersihkan dengan baik.
– Kesilapan dalam pemilihan produk kecantikan juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Oleh yang demikian, sangat perlu untuk mengetahui jenis kulit sebelum memilih produk kecantikan yang serasi.
3. Jenis kulit
– Hampir semua orang pernah ditumbuhi jerawat di dahi, dagu mahupun rahang. Ada juga sesetengah orang yang ditumbuhi jerawat di bahagian belakang badan. Orang yang memiliki kulit berminyak lebih berpotensi memiliki jerawat berbanding orang yang mempunyai jenis kulit yang normal dan kering. Orang yang memiliki kulit berminyak ini adalah disebabkan oleh sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan sehingga memudahkan debu dan kekotoran lebih mudah melekat pada kulit.
– Untuk itu jika memiliki jenis kulit berminyak sebaiknya memiliki kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah agar tidak merangsang pertumbuhan jerawat pada wajah.
4. Hormon
– Setiap orang yang pernah memiliki jerawat bukan hanya kerana pengaruh produk kulit yang digunakan atau pun jenis kulit, tetapi ada juga yang disebabkan oleh hormon. Perubahan pada hormon yang di mulai ketika usia remaja boleh menyebabkan jerawat pada wajah kerana perubahan hormon ini juga boleh menggalakkan penghasilan minyak pada wajah meningkat sehingga kulit lebih berminyak. Kalenjar sebum menjadi terlampau aktif disebabkan perubahan hormon terutamanya ketika peringkat akil baligh. Ada pun perubahan hormon pada saat sebelum menstruasi menyebabkan punca jerawat.
5. Pemakanan
– Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor pertumbuhan jerawat. Makanan berlemak tinggi contohnya boleh menyebabkan punca jerawat kerana merangsang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.
6. Genetik
– Genetik selalunya memainkan peranan penting kerana ada sesetengah orang mempunyai jerawat yang banyak disebabkan liang romanya sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Terutamanya ketika akil baligh(Puberty).
- Mencuci muka setiap hari. Terutamanya selepas berpeluh ataupun dibawah sinaran matahari. Ini kerana kalenjar sebum menghasilkan sebum yang banyak ketika itu. Akan tetapi jika basuh muka terlampau kerap juga akan menyebabkan kulit muka menjadi kering terutamanya jika menggunakan pencuci muka biasa
- Pencuci muka yang tiada sabun dan juga mempunyai pH 5.5 adalah lebih baik. Ini kerana ia boleh mengelakkan kulit daripada menjadi kering
- Mengelakkan kosmetik yang berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan liang roma tersumbat
- Meminum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab