Hadiah terindah….

Alhamdulillah.
Salah satu impian nak tengok my little brother melanjutkan pelajaran tercapai. Adik bongsu yang berusia 13 tahun. Kelahirannya yang di luar jangkaan rupanya adalah anugerah teristimewa dari Yang Maha Esa. Beliau di lahirkan ketika usia Bondaku mencecah 45 tahun. Agak jauh jaraknya dengan abangnya iaitu sekitar 14 tahun dan ketika itu usiaku telah pun mencecah 21 tahun. Ini kisah 13 tahun dahulu. 
Hari ini, beliau telah pun kami daftarkan ke Kolej Permata Insan di USIM, Nilai. Memang ini yang dia mahukan. Sebagai kakak, sokonganku tidak berbelah bahagi. Hanya beliau seorang yang menunjukkan minat ke arah Sekolah Agama. Kami adik beradik yang lain, bersekolah di sekolah aliran sains. Kerana itu dia agak istimewa. Ketika usianya mencecah 8 tahun, beliau telah pun di panggil untuk menyertai kem Permata Insan setelah melalui 2 ujian IQ dan lulus temuduga oleh pihak USIM. Silibus pembelajaran anak-anak permata juga berbeza dari sekolah kebangsaan biasa. Surah & Hafazan. Adalah perkara wajib yang beliau perlu lakukan seawal usia 8 tahun. Saban tahun akan ada ujian bagi mengenalpasti tahap kecemerlangan mereka. Untuk melepasi setiap ujian ini bukan mudah. Perkara utama yang perlu di jaga ialah pemakannya.

Pemakanan harian beliau memangku pantau. Maggi dan keropok yang terlalu banyak MSG memang tidak ada di dalam senarai makanan pilihan. Daripada ‘cikedis’ di tukar kepada kurma dan kismis. Tetapi tahu sahajalah kanak-kanak yang kian membesar bukannya suka makan kismis dan kurma. Mereka lebih tertarik dengan makanan ringan. So, apa yang kami lakukan ialah, apa jenis kismis yang beliau suka, kami belikan dalam kuantiti yang banyak. Kembali kepada makanan sunnah tetapi….. yer tetapi… inilah cabarannya… untuk seimbangkan selera kanak-kanak dengan iklan-iklan makanan ringan. 
Untuk itu, terpaksalah saya mencari suplemen makanan yang lain. Saya mulakan dengan spirulina. Sehinggalah satu masa saya tercari-cari suplemen yang boleh membantu beliau untuk menghafaz, meningkatkan daya tumpuan dan kekal fokus. Dalam pencarian ini, saya berkenalan dengan Shaklee. Yes, saya cuba beberapa produk Shaklee dan saya sangat berpuas hati. Setelah itu baru saya decide untuk bekalkan dia dengan suplemen dari Shaklee. Setelah yakin produknya halal dan bagus. Sinonimnya, pendaftaran saya sebagai SID Shaklee ketika membelikan beliau Mealshake promo beli 6 percuma 1 dengan keahlian percuma.
Ketika itu saya tidak kisah pun mengenai keahlian percuma, apa yang saya harapkan ialah lebih dari tu. Saya harap dapat memberikan makanan tambahan yang terbaik untuk Boy, adik bongsu saya. Sedikit demi sedikit saya tambahkan Omega Guard dan Vitamin C di dalam jadual pemakanan beliau setelah mengetahui betapa bagusnya Omega Guard Shaklee. Kesal rasanya kerana baru sekarang saya tahu kebaikan produk Shaklee. Kalaulah dari dulu saya tahu….. Rendahkan ego untuk mencubanya… Lambat atau cepat, syukur tak terhingga… Allah memberikan hadiah teristimewa buat kami sekeluarga. untuk manjaga dan mengekalkan amanahnya bukan suatu yang mudah. Mudah-mudahan Boy terus maju dan maju menjadi seorang cendekiawan Islam seperti yang di harapĀ²kan. 
Ameen ya Rabb… 

Berminat produk suplemen? Perlukan konsultasi? Jangan segan hubungi saya.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *