Sejarah CINTA saya
Percaya tak blog Cinta Health saya create seawal 2009 lagi. Dengan tanpa tujuan. Serius, masa tu saya sukakan perkataan cinta. Cinta terlalu universal. Cinta lahir dari hati dan sanubari. Cinta juga sumber kekuatan untuk terus ke hadapan. Sepertimana saya create blog Cinta Craft. Yang lahir dari perasaan cinta saya kepada dunia craft dan jahitan. Kemudian muncul idea untuk saya blogkan berkenaan cinta pertama saya terhadap dunia jahitan iaitu jahitan manik dan labuci. Tetapi ketika itu saya menggunakan nama Needle Stitch. Namun, rasa cinta saya tidak berakhir di sini. Lahir pula Cinta Beads. Di mana blog ini perancangan awalnya saya bangunkan untuk memudahkan para penjahit manik mendapat bekalan manik dan alatan yang berkaitan dengan dunia manik. Namun tidak semua yang berjaya. Kekangan masa sangat mengganggu ketika itu. Maka saya fokus hanya pada satu blog iaitu Cinta Craft. Di situ saya zahirkan minat yang mendalam di dalam dunia jahitan dan craft.
Namun, ketika saya berkecimpung di dalam dunia jahitan dan craft, saya tergerak hati untuk melahirkan satu blog yang berkisarkan kesihatan dan suplemen. Saya cuba cari bahan untuk di kongsi. Ada juga niat ingin berkongsi produk suplemen yang saya makan ketika itu tetapi saya tidak yakin. Apabila melibatkan makanan yang kita makan, kita perlu yakin keberkesanannya, kajiannya, dan pelbagai sokongan dari sudut perubatan. Di mana saya tidak jumpa. Semuanya based on trust. Dari testimoni-testimoni yang bertebaran di ruang maya. Di sebabkan tiada keyakinan, maka saya simpan Cinta Health bertahun-tahun.
Hanya selepas empat tahun baru saya tahu kenapa saya lahirkan blog Cinta Health dahulu. Rasa cinta terhadap kesihatan tak pernah pudar. Sehingga akhirnya saya jumpa rasa cinta saya terhadap suplemen. Shaklee. Inilah cinta saya terhadap suplemen. Shaklee memudahkan saya. Shaklee syarikat gergasi yang dikenali. Shaklee telah bertahan di dalam dunia suplemen berpuluh tahun lamanya. Shaklee mempunyai pakar, researcher dan ramai lagi yang sentiasa membuat research mengenai kesan dan keberkesanan produk mereka terhadap manusia. Berjuta-juta dolar setahun dilaburkan hanya untuk mengkaji satu jenis produk.
Di sinilah cinta saya bermula……
Legasi Shaklee
Selama tempoh 5 dekad, Syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia. Tatkala orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi.
Di kala banyak syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbillion ringgit sebagai ganjaran kepada pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Malah, jutaan ringgit lagi dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.
Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.
PM | Whatsapp 012 3917458
SID : 926943